Friday, 23 February 2018

BRICK UNITI

BRICK UNITI

Hai assalamualaikum semua, saya mahu mencerita kan tentang BRICK UNITI. so dengar lah cerita saya.

 
Projek ni dah mula setahun yang lalu. Anggaran projek ni siap dalam masa dua tahun. Buat masa ni 7 buah rumah dah berdiri teguh.



Bajet bagi projek ni sebanyak RM 300 K, pekerja seramai 30 orang .. satu rumah tu memerlukan masa dua bulan untuk siap.. satu rumah tu kadang-kadang memerlukan 10-20 orang pekerja.
Menurut pekerja dekat situ , sumber batu bata tu la projek Uniti Bricks. Batu bata tu macam legoo, sebab tu memudahkan pekerja untuk cantum batu bata tu .

Satu rumah tu boleh memuatkan 10-20 orang pelajar... jangkaan diorang 2021 dah siap lah rumah untuk pelajar duduk. Keistimewaan projek kalini ialah batu bata yang digunakan. Mudah dan cepat la.. tak perlu lagi macam batu bata biasa.. Zaman sekarang kan dah modern so, kecanggihan teknologi semua untuk menjimatkan masa kita..  Pekerja situ jugak cakap, kadang - kadang diorang ambik ot sebab waktu kerja diorg 8 pagi sampai 7 malam je.. kadang tu diorang ot malam lah.. menurut diorang kerja malam lagi laju .. yelah faktor cuaca sekarang ni yang sangat panas jadi diorang ni lebih selesa buat kerja malam.. oklah sampai sini je perkongsian kita. Selamat malam warga Uniti tercinta .


LADANG CILI

Ladang Cili UNITI


Assalamualaikum, saya disini saya ingin menceritakan tentang lawatan saya ke ladang cili di Kolej UNITI, Pasir Panjang Pord Dickson, Negeri Sembilan. Sebenarnya bukan lawatan pon cuma hendak menyelesaikan asiggnment yang telah diberi oleh pensyarah saya hihihihi... Sepanjang saya berada dikolej ini, baru sekarang saya tahu yang Kolej UNITI mempunyai ladang cili. Maklum la saya baru 10 bulan berada di kolej ni...nak tahu tak kenapa saya tak mengetahui tentang ladang cili tersebut, sebabnya saya tak selalu berjalan di kolej ni...baru sekarang saya tahu kolej ni ada ladang cili..ok lah saya akan cerita sikit apa yang saya tahu mengenai ladang cili di kolej saya. Sebelum itu, saya mahu berterima kasih kepada akak yang bekerja di ladang cili tersebut kerana telah menolong saya dan kawan saya menyelesaikan asiggnment. Kami juga ada bertanya beberapa soalan mengenai ladang ini. Antaranya ialah:


1)berapa lama ladang ini ditubuhkan

2)berapa ramai pekerja yg berkerja disini

3) gaji pekerja

4)berapa banyak pokok cili yang ad
5)cara cara memetik cili



sebelum itu nama akak tu saya tak berapa ingat lah tapi saya teruskan ok...ok yg pertama ladang ni dutubuhkan pada tahu leapas tapi akak tu tak tahu bulan berapa ditubuhkan sebab akak tu berkerja pada bulan 12 tahun lepas tapi akak tu angarkan dalam bulan 8 atau cam tu la..akak tu bagi tahu pekerja disitu tak menentu sebab kalau musim menuai dalam 30 org pekerja tapi lepas musim menuai dalam 10 org cam tu lah akak tu cerita kepada saya...korang nk tahu tak berapa gaji pekerja di ladang cili ini? ok gaji pekerja di ladang cili ini mengikut jam yaitu 1 jam RM4.00...Selain itu, terdapat 2300 pokok cili yg telah ditanam oleh pihak kolej ni...korang ingat senang ke nk jaga....alhamdulillah akak tu dengan pekerja pekerjanya yg lain telah manjaga pokok cili itu dengan baik....selain itu akak tu telah mengajar saya cara cara memetik cili..korang nk tahu tak cara memetik cili cam mna? korang ingat senang ke hendak petik cili? ok kat sini saya akan terangkan caranya iyalah jika cili tu berwarna merah,coklat yg nk bertukar kepada warna kemerhan atau warna hijau yg besar iyanya bole dipetik tapi ad cara nya kita kena patahkan dihujung cili tu dengan tengok arah batang cili itu atara iyanya ke kanan ataupun kiri kalau iyanya kekanan kita kena patahkan ke kanan kalau iyanya belah kiri kita kena patah kan kekiri begitu la cara nya

kat atasni adalah pokok cili yg kami telah belajar cara car memetik dan yg telah saya ceritakan

dekat bawah ni adalah gambar saya dan kawan saya melawat ladang cili di kolej sendiri dan  tapak yang ada banyak pokok cili yg ditanam oleh pekerja pekerja dari kolej uniti...sebenarnya pekerja pekerjanya ialah dari pelajar kolej uniti yg ingin mencari pendapatan lebih..ok lah cukup lah sampai disini saja cerita tentang ladang cili kolej saya....kalau ad tersilap kata ataupun salah saya ingin meminta maaf sebab saya baru lagi dalam bidang blogger ni yang buruk datang daripada saya yang benar datang daripada allah...kalau ad masa saya post lagi ok.. Assalamualaikum...


PERMAINAN TRADISIONAL

GASING






GASING merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya. Selain itu, gasing juga merupakan permainan tradisional di kalangan masyarakat melayu. Seterusnya, ia juga diperbuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang.

Thursday, 1 February 2018

About Myself

Assalamualaikum, saya Muhamad Zul Faqar b. Noriza berumur 19 tahun. Saya menetap di Bandar Tun Abdul Razak, Pahang. Hobi saya ialah futsal dan bermain game. Saya anak tunggal dalam keluarga saya. Sejujurnya, saya adalah seorang yang pemalu tapi dalam masa yang sama, saya suka bergaul dengan kawan kawan lelaki saya. Antaranya ialah kawan rumah sewa saya di kolej UNITI. Azam tahun baru ialah nak membuat ibubapa saya sentiasa gembira serta saya igin menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibubapa. Seterusnya, saya bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan yang baik. Saya tidak mahu mengulangi sejarah silam sewaktu SPM lalu.

Sekian . terima kasih kerana membaca blog saya. Maaf kalau pendek tapi ini yang saya mampu olah serta luah. :)